Thursday, November 24, 2011

Carrot Cup Cake

Even though my blog (as at todate) only has 12 followers, I still have some "fans" out there who are interested in my cooking.  However, looking at the statistic, I have hit 810 views.  Not bad for a newly created blog :))  tq babes...

Ok selalunya saya buat carrot cake sebiji yang seberat 1kg tu.  Tp semalam saya buat cuppies supaya cepat sikit masak.  Atas permintaan ramai, inilah resepi yang saya guna semalam.

Bahan-bahan kering:-
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (Bluekey or any brand)
1/2 cawan gula perang (soft brown sugar)
1/2 cawan gula halus
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (cinnamon powder)
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg)

Bahan-bahan lain:-
2 biji carrot yang diparut halus
1 biji pisang montel yang masak ranum (optional ni, tak letak pun tak pe)
1/2 cawan walnuts yang dicincang
1/4 cawan kismis
2 biji telur ayam gred A
3/4 cawan minyak sayuran (minyak masak biasa pun boleh)

Acuan muffins & paper cups (kalau saiz L boleh dapat 12 biji cuppies)

Caranya:-
  • Gaul semua bahan-bahan kering yang tersebut di atas.
  • Pukul telur menggunakan pemukul dawai ajer (tak perlu guna mixer).  Masukkan minyak, carrot, pisang yang telah dilenyek, kismis dan walnut.  Kacau rata.
  • Tuang bancuhan ke dalam bahan kering dan gaul rata.
  • Masukkan adunan ke dalam paper cup lebih kurang 3/4 cup setiap satu.  Lebih sikit pun tak apa.
  • Pastikan oven dah dipanaskan at least 7-10 minit sebelum proses baking dimulakan.
  • Bakar pada suhu 170-180 darjah celcius selama kira-kira 20 minit (hingga masak).
 Untuk membuat cream cheese frosting untuk topping, bahan-bahan yang diperlukan adalah:-
125g butter (room temperature)
125g icing sugar
250g cream cheese (Philadelphia atau Tatura atau any brand)

Pukul butter dengan icing sugar hingga gebu.  Kemudian masukkan cream cheese yang telah dibiarkan pada suhu bilik.  Pukul lagi hingga gebu.  Simpan adunan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 15 minit.  Setelah cupcakes sejuk, barulah disapu cream cheese frosting di atasnya.  Boleh juga dimasukkan dalam piping bag dan hiaslah mengikut citarasa anda.  Saya hias dengan sedikit walnut yang telah dibakar sekejap dlm oven untuk diletakkan di atas cream cheese frosting.

Selamat mencuba.

Sunday, November 20, 2011

Potato Croquette

Croquette (berasal dari perkataan Perancis "croquer") bermaksud 'to crunch' ialah snek yang sangat simple dan mudah untuk disediakan.  Mungkin anak-anak anda gemar memakan ubi kentang seperti french fries, mashed potato dan resepi-resepi lain yang menggunakan ubi kentang.  Actually ramai yang dah pandai buat potato croquette ni tapi saya sengaja nak kongsi untuk siapa-siapa yang ada anak kecil yang mungkin teringin nak buat resepi snek yang mudah ni.

Bahan-bahan:-
500g ubi kentang (dikupas dan dipotong dua) anggaran 6 biji
1 sudu besar butter (suhu bilik)

Garam secukup rasa
Sedikit lada sulah

100g tepung gandum (anggaran 1 cawan)
100g serbuk roti
3 biji telur

Cara Membuatnya:-

  • Rebus ubi kentang hingga empuk.  Buang air yang berlebihan.  Lenyek ubi kentang ketika masih panas dan campurkan sesudu mentega.  Lenyek lagi dan masukkan pula garam dan lada sulah.
  • Bentukkan ubi kentang menjadi bentuk silinder sepanjang 2 inci setiap satu.
  • Sediakan tiga bekas/mangkuk.  Satu diisi tepung gandum, satu diisi telur yang dipukul dan satu lagi diisi serbuk roti.
  • Gaulkan kentang berbentuk silinder tadi dengan tepung gandum kemudian celupkan ke dalam telur dan seterusnya gaulkan dengan serbuk roti.
  • Goreng di dalam minyak yang panas (guna api sederhana sahaja) dan gorenglah hingga kuning keemasan.
  • Angkat dan toskan di atas kitchen roll.  Sedia untuk dihidangkan.
Note:
*  Jika inginkan kelainan, boleh juga digaul ubi kentang lenyek bersama dengan sedikit tuna yang telah ditapis minyak/airnya.


Friday, November 18, 2011

Apple Pie

Untuk membuat pastri:-
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega sejuk yang dipotong kecil-kecil
Secubit garam
5 sudu besar lemak sayuran sejuk (cold vege shortening)
8 sudu besar air dingin (mungkin lebih sedikit)

Caranya:-
Masukkan tepung ke dalam bekas diikuti dengan mentega dan secubit garam.  Guna hujung jari untuk "mencubit" mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.  Buatkan lubang di bahagian tengah dan letak air dingin (ice water).  Gaul rata dan masukkan lemak sayuran dan adun hingga menjadi doh.  Adun sekadar menjadi doh dan jangan terlebih adun.  Masukkan ke dalam plastik dan simpan di peti sejuk selama setengah jam.  Selepas setengah jam, keluarkan dari peti ais dan diuli sedikit.  Canai 3/4 bahagian dari doh dan letakkan di atas acuan pai yang telah disapu sedikit mentega.  Cucuk-cucukkan dengan garpu.  Simpan doh yang berlebihan anggaran 1/4 atau lebih untuk membuat penutup di atas pai.


Untuk membuat inti:-
8 biji epal hijau dibuang kulit dan dipotong kecil dan nipis
2 sudu besar mentega (suhu bilik)
1 cawan gula perang
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/4 cawan tepung gandum
Secubit garam

Caranya:-
Gaul semua bahan untuk membuat inti.  Masukkan inti ke dalam doh pai.  Canai baki doh yang berlebihan tadi dan tutup bahagian atas pai dengan doh tersebut.  Pintal atau tekan sedikit di bahagian tepi doh untuk menutup keseluruhan inti tadi.  Cucuk dengan garpu di bahagian atas doh dan sapukan dengan kuning telur.  Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160 darjah Celcius selama lebih kurang 40 minit.

Enak dihidangkan ketika panas bersama ais krim vanilla.  Selamat mencuba :-)

Tuesday, November 8, 2011

Moist Chocolate Cake

Sebenarnya resepi asal ni saya pun dapat dari Mak Cik Google tp dah edit di situ dan di sini... hasilnya memang sebiji kek coklat yang moist dan lazat sekali.  Sebelum menyiapkan bahan-bahan, anda perlu mengambil loyang atau acuan yang bersesuaian dengan saiz kukus anda.  Sapukan sedikit butter pada permukaan bawah.  Kemudian lapikkan dengan trace paper atau kertas minyak.  Sapu lagi sedikit butter.  Sambil tu boleh lah didihkan dahulu air di dalam kukus (3/4 air dari saiz kukus yang bawah sekali)

Bahan A:-
1 tin susu cair (ideal milk)
1/2 tin susu pekat
100g serbuk koko
200ml minyak masak sayuran (kalau xde minyak masak biasa pun boleh)

Semua bahan di atas dicampur di dalam periuk (yg tebal & elok sket) dan masak dengan api perlahan sambil dikacau sehingga licin.  Tak perlu tunggu hingga menggelegak.

Bahan B:-
250g gula halus (kastor)
4 biji telur

Pukul telur dan gula di dalam mixer hingga kembang (putih).  Masukkan bancuhan bahan A tadi ke dalam bancuhan telur dan sambung lagi pukul dengan kelajuan yang perlahan.  Be careful sebab ruang dapur mungkin kotor sikit sebab terkena percikan bancuhan ni.  Mix dalam 1-2 minit aje.

Bahan C:-
150g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Satukan bahan-bahan C dan diayak sekali.  Masukkan bancuhan tepung ke dalam mixer dan pukul dalam seminit aje.

Semua bancuhan dah siap, letakkan loyang/acuan yang dah dilapik td di atas pengukus yang berlubang-lubang tu.  Tuang adunan ke dalam loyang/acuan dengan berhati-hati.  Tutup dengan penutup kukus.  Make sure air dalam kukus dah betul-betul mendidih.  Bolehlah mula mengukus selama sejam dengan api yang sederhana.  Selepas sejam baru dibuka dan test dengan lidi... kalau dah bersih maknanya dah masak.  If not, continue kukus lagi sekejap.

Note:  kalau guna pengukus yang besar dan loyang/acuan yang besar lebih baik sebab nanti tengah dia tak merekah.

Bila dah masak, biarkan sejuk sebentar (room temperature aje).  Keluarkan dari acuan dan letak di atas besi palang yang dalam oven tu.  Biar betul-betul sejuk.  Untuk hiasan....

Bahan D:-
200g cooking or baking chocolate (vochelle tu sedap)
100g whipping cream atau fresh cream

Untuk membuat ganache, caranya macam teknik double boiling.  Didihkan air di dalam periuk yang sederhana besar.  Guna mangkuk kaca yang tahan panas, contoh Pyrex atau Corelle whatever....  pecah-pecahkan coklat masakan tadi ke dalam mangkuk.  Bahagian bawah mangkuk tak boleh sentuh air yang mendidih tu.  Coklat tetap akan cair (melt) dan kacau lah sampai betul-betul cair.  Angkat mangkuk ke luar dari atas periuk letak atas lapik biasa, atas meja.  Sekarang masukkan whipping cream dan kacau sehingga sebati (kira dah tak nampak putih cream tu)... Dan bolehlah mula menghias.  Curahkan ganache atas kek coklat tadi dan boleh taburkan manik-manik hiasan jika suka.

Sunday, October 9, 2011

Murtabak Sardin

Lama betul tak update blog ni.  Now dah boleh aktif balik.  Hari ni nak share resipi breakfast yang simple dan sedap.

Bahan-bahan:

1 tin kecil sardin/mackerel (buang separuh sosnya)
Sepotong limau nipis
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
1 biji bawang besar (dipotong dadu kecil2)
3 tangkai cili padi atau 1 biji cili besar
Sedikit daun sup
2 keping roti gardenia
4 biji telur

Cara-cara:

Lenyekkan sardin dengan garpu hingga hancur sedikit.  Perahkan limau nipis.  Masukkan bawang, cili padi dan daun sup.  Perisakan dengan sedikit garam dan lada sulah.  (Garam jangan terlalu banyak sebab roti gardenia tu agak masin).  Ketepikan dahulu.

Potong bahagian tepi roti gardenia.  Pukul 2 biji telur dahulu.  Ambil separuh dari bancuhan sardin tadi, masukkan dalam bancuhan telur.  Pukul/kacau sedikit.  Panaskan kuali leper (non-stick).  Letak sedikit minyak.  Celup roti gardenia dlm bancuhan telur + sardin tadi.  Angkat roti yang dah terendam dalam bancuhan tersebut menggunakan sudu besar/senduk dan goreng hingga masak.  Note:  goreng ala-ala murtabak.  Top up lagi atas roti bancuhan telur + sardin tadi hingga menutupi keseluruhan roti.  Ulang proses.  Kita boleh dapat 2 keping murtabak yang tebal dan lazat. :-)

Thursday, July 28, 2011

Oglio Spaghetti

Bahan-bahan:- 

Spaghetti No. 3   300 g 
Bawang Putih 5 ulas (ditumbuk bersama lada hitam) 
Bawang Besar 1 biji (dipotong dadu/potong kecil) 
Cili Kering 5 tangkai (digunting kecil) 
Lada Hitam 1 sudu kecil 
Sotong/Udang 100 g 
Mentega 50 g 
Minyak zaitun 3 sudu besar 
Serbuk oregano 1 sudu besar 
Serbuk parsley 1 sudu besar (fresh parsley also nice) 
Lemon ½ biji 
Stok ayam 1 kiub 
Garam secukup rasa 

Cara-caranya:- 
1. Rebus spaghetti dalam air yg mendidih dicampur sedikit minyak masak + garam sehingga lembut (al-dente). Angkat dan toskan.  Gaul dengan sedikit minyak zaitun. 
2. Panaskan minyak zaitun + mentega di dalam kuali yg non-stick. Tumis bawang putih yg ditumbuk dgn lada hitam. Masukkan cili kering, biar garing sedikit… kemudian masukkan bawang besar. Tumis hingga garing dan naik bau. 
3. Masukkan sotong/udang dan garam secukup rasa. Kacau rata. 
4. Masukkan 1 kiub stok ayam. Kacau lagi. 
5. Masukkan spaghetti yg direbus tadi. Kacau perlahan2. 
6. Taburkan serbuk oregano, serbuk parsley dan sedikit serbuk perasa jika mahu. 
7. Kacau lagi dan akhir sekali perahkan lemon di atas spaghetti. Kacau rata dan jangan masak terlalu lama. 

Tuesday, July 26, 2011

Creamy Chicken Fettucine

Untuk pasta, you will need:-

500g pasta fettucine
2 sudu besar minyak masak
2 liter air
1 sudu besar garam

~  Air perlu dididihkan dahulu, kemudian masukkan garam + minyak dan rebuslah pasta sehingga al-dente lebih kurang 20 - 30 minit (tgk jenis pasta).  Kemudian toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun atau minyak jagung supaya tidak melekat. ~

Untuk sos, you will need:-

2 ulas bawang putih +
3 ulas bawang merah (ditumbuk)
2 sudu besar minyak atau butter untuk menumis
2 sudu besar tepung gandum
100g isi ayam yang dihiris nipis
1 cawan stok ayam (larutkan 1 kiub stok dlm air suam)
3 sudu besar krim
1 sudu besar parmesan cheese
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
1 sudu besar daun parsley yang dicincang halus

Method:-


  1. Tumis bawang putih dan bawang merah yang ditumbuk tadi.  Masukkan isi ayam dan kacau rata.
  2. Masukkan tepung gandum, kacau dan biarkan masak sekejap.
  3. Kemudian, masukkan stok ayam, krim, parmesan cheese dan kacau rata.  Kecilkan sedikit api.
  4. Masukkan garam (jika perlu) dan serbuk lada putih dan seterusnya parsley yg dicincang.  Kuatkan sedikit api... kacau rata lagi dan jika terlalu pekat, tambah sedikit air panas.
  5. Akhir sekali masukkan pasta fettucine dan gaul rata.  Boleh dihidangkan :)
** Note:  jika tak suka ayam, boleh ditukar dengan udang dan sotong atau bahan-bahan seafood yang lain.  Jika suka, boleh juga letak sayur-sayuran seperti broccoli, cauliflower atau green pepper.

Wednesday, July 20, 2011

Beef with Celery

My mood of sharing Chinese cuisine continues.  This one is also one of my favorites.

You will need:
500g of tenderloin beef or rump steak
1 teaspoon vinegar
2 teaspoons soy sauce
1 egg-white
3 tablespoons oil
6 shallots
1 inch green ginger
6 sticks celery
3 teaspoons cornflour
1/2 cup water
1 tablespoon soy sauce, or extra
2 teaspoons oyster sauce
1 clove garlic

Method:

  1. Remove excess fat from meat, cut meat into strips, say 1 inch long.  Combine in basin with vinegar, soy sauce and lightly beaten egg-white.  Cover and stand one hour.  Stir occasionally.
  2. Heat 2 tablespoons of the oil in pan or wok, add half the meat, brown well, remove from wok; brown remaining meat.
  3. Peel ginger, chop finely, chop shallots into 1 inch length, slice celery diagonally.  Put celery into saucepan of boiling salted water, boil 2 minutes, drain, rinse under cold running water, drain well.
  4. Heat remaining oil in wok, add celery, shallots, ginger and crushed garlic, saute one minute.
  5. Add meat to pan, toss well.  Combine cornflour with water, extra soy sauce and oyster sauce, mix well.  Add to wok, stir until boiling and well combined.

Lemon & Ginger Chicken

I got this very special recipe and have tried to make this ez-licious lemon & ginger chicken few times already.  Of course I have adjusted the original recipe to suit our local taste... :)

You will need:-
2 whole chicken breasts
3 egg whites
1 1/2 tablespoons cornflour
Oil for deep frying

SAUCE:-
1/4 cup lemon juice
1 cup water
2 chicken stock cubes
1 teaspoon grated green ginger
1 inch green ginger
1 tablespoon cornflour
1 tablespoon water, or extra
1 tablespoon honey
2 tablespoons sugar
1 shallot

Method:-

  1. Skin chicken breasts, remove meat from bones, cut meat into 5mm (1/4in) strips.
  2. Combine lightly beaten egg whites and cornflour, add chicken strips, mix well.  Heat oil in wok or pan, add chicken strips, fry until golden brown.  Drain on absorbent paper.  Remove excess oil from pan, reserve one tablespoon.  Place chicken on serving plate, keep warm.
  3. Peel and thinly slice ginger.  Combine lemon juice, water, crumbled stock cubes, grated ginger, honey and sugar in pan.  Bring to boil.  Combine cornflour and extra water, add to pan, stir until sauce boils and thickens, reduce heat, simmer two minutes.
  4. Heat reserved oil, add sliced ginger, fry one minute, add prepared sauce, simmer two minutes, pour over chicken.  Garnish with chopped shallot.

Kerabu Kerang & Tauge

Tiba-tiba rasanya nak share resepi lauk-pauk pulak.  Sebabnya weekend baru ni asyik buat kerabu kerang & tauge.  Ada jugak yang berminat nak tau resepi, so I think I better share it here.  Jangan lupa mencuba ye, especially bulan puasa ni... sedap... :)

Bahan-bahan:
1 kilo kerang (direbus sekejap & dibuang kulitnya)
300g tauge (dicelur sekejap dan toskan supaya crispy)
5 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 tangkai bunga kantan (dihiris/racik nipis)
Sedikit daun kesum (anggaran 15 helai dipotong kecil-kecil)
2 batang serai (dipotong kecil & ditumbuk dengan sedikit lengkuas)
1 biji kelapa (1/2 dibuat kerisik & 1/2 ambil santan pekat aje - dlm 5 sudu besar)
Untuk sambal belacan:
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
Belacan (dibakar dahulu)
Garam
Gula
Sedikit serbuk perisa (jika mahu)
Jus dari sebiji limau nipis

Cara-cara:
Dalam satu bekas yang besar, satukan atau gaulkan rata sambal belacan, serai/lengkuas yang ditumbuk, bawang, kerisik dan bunga kantan.  Masukkan kerang rebus dan tauge yang telah dicelur tadi.  Gaul rata.  Taburkan daun kesum dan gaulkan santan pekat.  Jika tidak dimakan segera, simpan dalam bekas yang bertutup dan letakkan di dalam peti sejuk.

Sunday, July 10, 2011

Apam Polkadot

Actually dalam any blogs pun ada banyak versi resepi apam polkadot ni.  Tapi kebanyakan yang kawan-kawan saya yang ikut bulat-bulat kata hasilnya tak memuaskan, keras dan macam-macam lagi.  So, saya pulak memang dah awal-awal adjust resepi tu dan alhamdulillah hasilnya apam polkadot saya tu lembut dan gebu aje.  Here is the amended recipe that I want to share today.  Harap dapat membantu :)

Bahan-bahan:-
3 biji telur gred A
280 gram gula halus
150ml susu segar atau susu cair (susu segar lebih baik)
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh ovalette
280 gram tepung gandum
3 sudu teh baking powder

Cara-cara:-
Pukul telur dan gula halus dalam mixer around 3 minutes (hingga kembang).  Masukkan susu segar, pukul lagi dalam 1/2 minit, masukkan esen vanilla dan ovalette.  Pukul lagi dalam seminit, kemudian tepung gandum yang dah ditimbang dan digaulkan dengan baking powder tu dimasukkan sedikit demi sedikit ke dalam bancuhan di dalam mixer.  Putar hingga sebati dalam seminit hingga ke 3 minit.

Sediakan 3 atau 4 mangkuk dan bahagikan bancuhan sama rata.  Warnakan, contohnya pink, purple, hijau dan biru.  Kacau rata.  Sediakan piping bag/plastik.  Tuangkan adunan ke dalam piping bag/plastik.  Ikat bahagian atas dengan getah.  Sementara itu, didihkan air dalam kukus.  Sediakan paper cup bersaiz kecil atau sederhana yang diletak dalam acuan muffin (tin).

Gunting hujung piping bag/plastik, bolehlah ditekan ke dalam acuan (almost full cup).  Mix and match color accordingly.  Buatlah polkadot guna different color pulak.  Bila air dah mendidih boleh mula mengukus.  Api sederhana jer, jangan api kuat, nanti tak cantik apam tu.  Setiap bancuhan akan masak dalam 10 minit.  And everytime letak yang baru, make sure lapkan bahagian dalam tudung kukus tu, tak nak air menitik atas apam tu ye.

Selamat mencuba :)

Tuesday, June 28, 2011

Apam Gula Hangus

Going traditional today...  I learned to make this some 12 years ago from an elderly lady in Perak.  Thank you mak cik for the recipe and hands on training :))

Bahan-bahan:-
4 biji telur
1 cawan gula pasir (dihanguskan dan dicampur dengan 1 cawan air suam)
1/2 cawan gula pasir
1 sudu besar soda bikarbonat
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan tepung gandum

Cara-cara:-
  • Pukul telur dengan 1/2 cawan gula pasir hingga putih.  (Kalau malas masuk ajer dalam blender).
  • Masukkan gula hangus, soda bikarbonat dan santan sambil dikacau rata.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau.  Setelah sebati, tapiskan agar tiada tepung yang berketul.
  • Masukkan ke dalam loyang.  Kukus dengan api sederhana selama sejam.
** Tips:  Tindihkan atas kukus dengan lesung batu yang ditelangkupkan.  Kuih ni memang akan masak dalam masa sejam, jadi tak perlu periksa sama ada ia dah masak atau belum.  Selamat mencuba.

Monday, June 27, 2011

Tuna Sandwich

Hari ni nak share a very simple recipe with everyone.  I'm sure ramai dah pandai buat tuna sandwich.  But this is one ez-licious recipe to follow.  Resipi ni sesuai untuk adik-adik ye....

Bahan-bahan:-
1 peket roti gardenia (jenis lain pun boleh, tp gardenia lagi sedap)
Butter (I like to use Buttercup)
1 tin tuna flakes in sunflower oil (or chunk pun boleh)
Lemon
Mayonnaise
Sedikit lada sulah

Cara-cara:-
  • Roti tu buang kulit-kulit tepi dengan pisau yang tajam (nak kasi cantik dan bersih).  Sapukan butter rata pada permukaan roti.
  • Buang minyak dari tin tuna tadi sebab kita nak ambil isi dia saja.  Letak isi tuna dalam bekas dan perahkan sedikit lemon.  Kalau tak de lemon, air limau nipis pun boleh.  Tapi jangan banyak sangat, nanti masam.  Sebab kita cuma nak hilangkan hanyir tuna tu aje.
  • Masukkan dalam 3 sudu besar mayonnaise.  Nak lebih atau kurang pun boleh.  Letakkan sedikit lada sulah.  Gaul rata.
  • Sekarang dah boleh sapukan bancuhan tuna ke atas roti, kepit dua dan potong cantik-cantik.
** Tips:  note that saya tak letak sayur-sayuran dan bawang langsung sebab sandwich ni sesuai untuk kanak-kanak especially time birthday party.  Dan lagi, never put any salt sebab campuran mayonnaise dan butter tu dah cukup masin dah.

Bread & Butter Pudding

Bahan-bahan:-
500ml susu segar
8 keping roti
4 sd besar gula halus
4 sd besar butter
2 biji telur
1 sd besar tepung jagung
2 sd teh esen vanila
2 sd besar kismis

Cara-cara membuatnya:-
  • Susun roti dalam loyang dan rendam dengan susu selama 30 minit.
  • Gaul rata bahan-bahan yang lain dan masukkan dalam loyang.
  • Taburkan kismis di atas adunan tadi.
  • Bakar pada suhu 180 darjah celsius (hingga masak)
  • Hidangkan dengan ais krim vanilla.

Orange Cake

Resipi ni sesuai untuk korang yg tak de mixer untuk buat cake.  U just need a blender my dear:)

Bahan-bahannya:-
1 biji orange sunkist (yg besar & manis)
2 cawan gula halus
3 biji telur gred A atau B
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung naik sendiri (eg. Bluekey)


Cara-caranya:-
  • Orange sunkist dibasuh bersih, belah 4 dengan kulit-kulitnya.  Buangkan biji dan urat tebal putih kat tengah tu aje.  Lepas tu potong lagi kecil-kecil.  (Kita nak blend dgn kulitnya sekali).  Masukkan dalam blender.
  • Masukkan gula halus (gula pasir biasa yang dah diblend kering), minyak masak dan telur.  Kisar hingga halus.
  • Tuangkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk besar atau bekas yang kering.  Ayakkan tepung naik sendiri dan masukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan senduk atau spatula.  Kacau hingga sebati dan tidak berketul.
  • Griskan loyang atau acuan pembakar dengan sedikit mentega.  Kemudian guna kertas minyak untuk mengalas.
  • Bakar pada suhu 170-180 darjah Celsius (bergantung atas oven), gunakan api atas & bawah selama lebih kurang 40 minit hingga ke sejam ~ sehingga masak.
**  Tips:  semasa kek tengah naik, janganlah buka oven tu... lepas 40 minit ataupun bila dah berbau oren yang sedap tu, barulah boleh bukak pintu oven untuk test dengan gunakan lidi.  Bila dah licin, maknanya kek tu dah masak.  Kalau masih basah dan melekit, sambung bakar lagi hingga masak.

Sunday, June 26, 2011

Banana Muffin Recipe

You will need to prepare 2 bowls:-  1 dry bowl & 1 wet bowl

 In the dry bowl, u need:-
2 cups of self-raising flour (eg. Bluekey)
1 cup of granulated white sugar
1/4 tsp of salt
1 tsp of cinnamon powder
1/2 cup of chopped nuts, i.e. walnut
1/2 cup of chocolate chips
Just mix all the ingredient with hand or spatula.

In the wet bowl, u need:-
(before that, mash 3 large riped banana - using fork)
2 large eggs - whisk
1 tsp vanilla extract
Add in the mashed banana
1 cup melted butter (room temperature) or just use cooking oil
Just whisk/mix all the ingredients.

Now, pour all the ingredients in wet bowl to the dry bowl and stir until mix together.  Do not over mix.  Just use a spatula.  Tips:  when u over mixed, the muffin will not be soft.  Scoop the muffin mix into the muffin cups/tins and bake for 20-25 minutes at 180 deg Celsius.

Friday, June 24, 2011

Chocolate Anyone??

I just use double boiling technique to make this yummy-licious chocolate.  Just get from your nearest bakery stores a block of compound milk choc, double-boil until it completely melted and scoop into a plastic mould..  Tips:  I like to use Selbourne and Colatta brand.

Cooking With Passion & Patience

It's all about cooking.  I just love cooking and baking.  From zero to hero.... "Cooking is like love.  It should be entered into with abandon or not at all." ~ Harriet Van Horne.

This is my first ever blog and I am very new to this thingy.  But my passion towards cooking and baking urged me to share with other women and men out there to an extremely fun experience in "kitchen's life".

So my dear friends, let us share the amazing experience in cooking and baking, and let's turn the hassle in the kitchen to an endlessly wonderful experience.

Love,
Sherry