Friday, November 18, 2011

Apple Pie

Untuk membuat pastri:-
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega sejuk yang dipotong kecil-kecil
Secubit garam
5 sudu besar lemak sayuran sejuk (cold vege shortening)
8 sudu besar air dingin (mungkin lebih sedikit)

Caranya:-
Masukkan tepung ke dalam bekas diikuti dengan mentega dan secubit garam.  Guna hujung jari untuk "mencubit" mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.  Buatkan lubang di bahagian tengah dan letak air dingin (ice water).  Gaul rata dan masukkan lemak sayuran dan adun hingga menjadi doh.  Adun sekadar menjadi doh dan jangan terlebih adun.  Masukkan ke dalam plastik dan simpan di peti sejuk selama setengah jam.  Selepas setengah jam, keluarkan dari peti ais dan diuli sedikit.  Canai 3/4 bahagian dari doh dan letakkan di atas acuan pai yang telah disapu sedikit mentega.  Cucuk-cucukkan dengan garpu.  Simpan doh yang berlebihan anggaran 1/4 atau lebih untuk membuat penutup di atas pai.


Untuk membuat inti:-
8 biji epal hijau dibuang kulit dan dipotong kecil dan nipis
2 sudu besar mentega (suhu bilik)
1 cawan gula perang
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/4 cawan tepung gandum
Secubit garam

Caranya:-
Gaul semua bahan untuk membuat inti.  Masukkan inti ke dalam doh pai.  Canai baki doh yang berlebihan tadi dan tutup bahagian atas pai dengan doh tersebut.  Pintal atau tekan sedikit di bahagian tepi doh untuk menutup keseluruhan inti tadi.  Cucuk dengan garpu di bahagian atas doh dan sapukan dengan kuning telur.  Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160 darjah Celcius selama lebih kurang 40 minit.

Enak dihidangkan ketika panas bersama ais krim vanilla.  Selamat mencuba :-)

No comments:

Post a Comment