Sunday, July 15, 2012

Vanilla Cupcake

Bahan-bahan untuk Cupcake:-

120 gram butter (room temperature)
120 gram gula halus atau castor sugar
2 biji telur gred A
1 sd kecil esen vanilla
120 gram tepung naik sendiri

Cara-cara membuatnya:-

Guna mixer... pukul butter dan gula halus hingga kembang dan pucat.  Kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul rata.  Masukkan esen vanilla.  Pukul lagi.  Ayak tepung naik sendiri dan kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan butter sambil dibancuh rata.  Sudukan ke dalam cawan muffin (kurang dari setengah cawan).  Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 15-20 minit.

Bahan-bahan untuk topping (buttercream):-

100 gram butter (unsalted lebih sedap) room temperature
200 gram gula icing
1 sd kecil esen vanilla
2 sd kecil susu panas

Cara-cara membuatnya:-

Pukul butter di dalam mixer hingga gebu.  Masukkan gula icing dan sambung pukul dengan kelajuan tinggi.  Masukkan esen vanilla dan akhir sekali susu panas.  Pukul lagi hingga gebu dan creamy.  Masukkan ke dalam piping bag dan bolehlah dipaip ke atas cupcake yg telah sejuk serta dihias mengikut citarasa masing-masing.

Thursday, February 23, 2012

Chocolate Muffin

Rupa-rupanya I missed the choc muffin recipe.  So I better update it tonight.  For those muffin lovers, here is the recipe.

For Dry Bowl (Mangkuk Kering):-
2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 1/2 cawan soft brown sugar
1/2 cawan gula halus
2/3 cawan serbuk koko
Secubit garam
1 cawan chocolate chips
(Gaul semua bahan dengan jari)

For Wet Bowl (Mangkuk Basah):-
2 biji telur gred A (dipukul - handwhisk)
1 cawan susu segar atau lebih elok buttermilk
2 sd teh esen vanilla
1 1/2 cawan melted butter yg disejukkan ke suhu bilik
(optional:  boleh juga pakai minyak masak aje)
(Bancuh rata semua bahan)

As usual, tuangkan bahan-bahan dari mangkuk basah ke mangkuk kering.  Gaul rata but do not over-mixed.  Scoop bancuhan ke dalam muffin cups.  Kalau size L boleh dapat 12 biji muffin.  Panaskan oven terlebih dahulu selama 7-10 minit sebelum mula membakar.  Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 15-20 minit (hingga masak).

Monday, February 20, 2012

Cucur Udang

Well.. walaupun bila u all tengok...arhhh cucur udang jer... but you should try my version of cucur udang.  Actually I got few versions but this is one of them.  Ramai kengkawan yang dah tried my cucur udang yang mintak resipi.  So here it is:-

Bahan-bahan:-

Semangkuk udang saiz kecil (buang kepala & ekor) dibersihkan. Lagi byk udang lebih sedap)
1 paket udang kering (standard size yg harge RM1 tu je) nak lebih pun boleh - ditumbuk kasar
2 biji bawang besar (dibelah 2 dan dimayang)
1 kiub stok ikan bilis (dibancuh dalam sedikit air panas & campur 1 sd kecil garam)
Secekak/seikat daun kucai (basuh bersih dan potong anggaran 1 inci)
Semangkuk taugeh (dibasuh & toskan)
1 biji cili merah (tak letak pun tak apa) dipotong nipis2
2 biji telur ayam
1 sudu besar marjerin/butter (lembut)
1/2 - 1 cawan air
Tepung gandum (ikut lembut)
Optional:  kalau nak lebih crispy boleh letak 1 sd kecil soda bikarbonat tp saya tak letak pun.
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-

Masukkan air stok ikan bilis ke dalam mangkuk yang besar atau basin.  Masukkan bahan-bahan lain:-  udang, udang kering, cili, daun kucai, taugeh, bawang dan gaul rata.  Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk tu dan gaul sikit2 jer.  Tengok kalau dia berair sangat, cuma tambah 1/2 cawan atau sikit jer air lagi.  Dah agak rata baru taburkan tepung gandum.  Jangan banyak sangat... dalam 3 senduk pun cukup...tak pun cukuplah untuk nak pekatkan dan lekatkan segala bahan yang lain.  Dah gaul rata perlahan2, masukkan 1 sudu besar marjerin/butter yg lembut.  Kacau ala-kadar jer (tak payah hancur pun marjerin tu).  Cuba rasa masinnya cukup ke tidak.  Kalau yang suka serbuk perisa boleh letak sikit.  Boleh jugak renjiskan serbuk lada hitam sikit.  Lagi satu kalau nak letak sesudu besar mayonis pun sedap.

Sekarang dah boleh mula menggoreng, pastikan minyak betul-betul dah panas bila menggoreng.  Tips:  bancuhan tu jangan keras, biar dia lembut/lembik sikit.  Buat ler besar2 sket bila menggoreng tu.  Rasanya memang marvelous.  Cicahlah dengan sos cili thai....terbaekkkk wok....

Wednesday, February 8, 2012

Homemade Pancake

Selalunya kita beli aje tepung pancake yg readymade dalam kotak di pasar2 raya tu kan.  Notice tak kalau dah lama2 sket dia macam bau hapak sket and rasa dia pun yg ado jer.  So geram punya pasal, saya tanya makcik google and tested this recipe untuk buat pancake.  And the result is rasa yang sgt marvellous, gebu dan sedap sangat.  So, why don't you try out this recipe.

Bahan-bahan:-

2 cawan tepung naik sendiri (self-raising flour)
1 1/2 sudu teh baking powder
3 sudu besar gula halus
1/2 sudu teh garam
2 biji telur gred A
1 1/2 - 1 3/4 cawan susu segar
2 sudu besar melted butter

Cara-caranya:-

  1. Ayak bersama tepung, baking powder, gula dan garam.
  2. Dalam mangkuk yang lain, (hand whisk) pukul telur dan 1 1/2 cawan susu segar.  Add in bancuhan tepung yang diayak tadi.
  3. Kacau sampai smooth (gebu).
  4. Kemudian masukkan melted butter... kacau lagi.  Tengok bancuhan biar pekat.  Kalau keras sgt add in sedikit lagi susu segar tu.
  5. Panaskan kuali leper yang non-stick.  Gris kan sikit kuali tu dgn minyak dan bolehlah memasak pancake satu per satu.
  6. Hidangkan dengan maple syrup, strawberry sauce or whatever...
Selamat mencuba :-)

Wednesday, January 11, 2012

Ikan Kerapu Stim Asam Boi

Untuk projek bulan Januari 2012 ni saya nak perbanyakkan resipi lauk-pauk atas permintaan ramai.

Bahan-bahan:-

1 ekor ikan kerapu (disiang dan dibersihkan)
3 tangkai daun bawang (dipotong sepanjang 2 inci)
Halia muda sebesar ibu jari (dihiris nipis dan dimayang halus)
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
7 ulas asam boi (yg warna putih) - rendam sekejap dlm air
5 tangkai cili padi (diketuk sedikit)
2 tangkai daun ketumbar (dipotong kasar)
1 biji limau nipis
1/2 biji lemon (optional)
1 sudu besar oyster sauce
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada putih atau lada sulah
Serbuk perasa jika mahu

Cara-cara:-
  1. Ikan kerapu yang dah bersih boleh dikelar besar ataupun belah dibahagian depan (bentuk butterfly).
  2. Perapkan sekejap dengan sedikit garam, jus perahan limau nipis dan serbuk lada putih/sulah.
  3. Gunakan pinggan atau bekas yang muat dengan pengukus anda.  Letakkan ikan di atas pinggan.
  4. Gaulkan kicap cair, minyak bijan dan oyster sauce dan tuang ke atas ikan.  
  5. Taburkan pula halia, daun bawang, cili padi dan asam boi ke atasnya.
  6. Perahkan sedikit lemon jika suka lebih masam.  Tak letak pun tak apa.  Tambah sedikit air jika mahu berkuah sedikit.
  7. Kukus selama 10 minit atau hingga ikan masak.  Jangan terlalu lama.
  8. Hiaskan dengan daun ketumbar sebelum menghidang.