Wednesday, January 11, 2012

Ikan Kerapu Stim Asam Boi

Untuk projek bulan Januari 2012 ni saya nak perbanyakkan resipi lauk-pauk atas permintaan ramai.

Bahan-bahan:-

1 ekor ikan kerapu (disiang dan dibersihkan)
3 tangkai daun bawang (dipotong sepanjang 2 inci)
Halia muda sebesar ibu jari (dihiris nipis dan dimayang halus)
3 sudu besar kicap cair
1 sudu besar minyak bijan
7 ulas asam boi (yg warna putih) - rendam sekejap dlm air
5 tangkai cili padi (diketuk sedikit)
2 tangkai daun ketumbar (dipotong kasar)
1 biji limau nipis
1/2 biji lemon (optional)
1 sudu besar oyster sauce
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada putih atau lada sulah
Serbuk perasa jika mahu

Cara-cara:-
  1. Ikan kerapu yang dah bersih boleh dikelar besar ataupun belah dibahagian depan (bentuk butterfly).
  2. Perapkan sekejap dengan sedikit garam, jus perahan limau nipis dan serbuk lada putih/sulah.
  3. Gunakan pinggan atau bekas yang muat dengan pengukus anda.  Letakkan ikan di atas pinggan.
  4. Gaulkan kicap cair, minyak bijan dan oyster sauce dan tuang ke atas ikan.  
  5. Taburkan pula halia, daun bawang, cili padi dan asam boi ke atasnya.
  6. Perahkan sedikit lemon jika suka lebih masam.  Tak letak pun tak apa.  Tambah sedikit air jika mahu berkuah sedikit.
  7. Kukus selama 10 minit atau hingga ikan masak.  Jangan terlalu lama.
  8. Hiaskan dengan daun ketumbar sebelum menghidang.

No comments:

Post a Comment