Thursday, November 24, 2011

Carrot Cup Cake

Even though my blog (as at todate) only has 12 followers, I still have some "fans" out there who are interested in my cooking.  However, looking at the statistic, I have hit 810 views.  Not bad for a newly created blog :))  tq babes...

Ok selalunya saya buat carrot cake sebiji yang seberat 1kg tu.  Tp semalam saya buat cuppies supaya cepat sikit masak.  Atas permintaan ramai, inilah resepi yang saya guna semalam.

Bahan-bahan kering:-
1 1/2 cawan tepung naik sendiri (Bluekey or any brand)
1/2 cawan gula perang (soft brown sugar)
1/2 cawan gula halus
3/4 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis (cinnamon powder)
1/2 sudu kecil serbuk buah pala (nutmeg)

Bahan-bahan lain:-
2 biji carrot yang diparut halus
1 biji pisang montel yang masak ranum (optional ni, tak letak pun tak pe)
1/2 cawan walnuts yang dicincang
1/4 cawan kismis
2 biji telur ayam gred A
3/4 cawan minyak sayuran (minyak masak biasa pun boleh)

Acuan muffins & paper cups (kalau saiz L boleh dapat 12 biji cuppies)

Caranya:-
  • Gaul semua bahan-bahan kering yang tersebut di atas.
  • Pukul telur menggunakan pemukul dawai ajer (tak perlu guna mixer).  Masukkan minyak, carrot, pisang yang telah dilenyek, kismis dan walnut.  Kacau rata.
  • Tuang bancuhan ke dalam bahan kering dan gaul rata.
  • Masukkan adunan ke dalam paper cup lebih kurang 3/4 cup setiap satu.  Lebih sikit pun tak apa.
  • Pastikan oven dah dipanaskan at least 7-10 minit sebelum proses baking dimulakan.
  • Bakar pada suhu 170-180 darjah celcius selama kira-kira 20 minit (hingga masak).
 Untuk membuat cream cheese frosting untuk topping, bahan-bahan yang diperlukan adalah:-
125g butter (room temperature)
125g icing sugar
250g cream cheese (Philadelphia atau Tatura atau any brand)

Pukul butter dengan icing sugar hingga gebu.  Kemudian masukkan cream cheese yang telah dibiarkan pada suhu bilik.  Pukul lagi hingga gebu.  Simpan adunan di dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 15 minit.  Setelah cupcakes sejuk, barulah disapu cream cheese frosting di atasnya.  Boleh juga dimasukkan dalam piping bag dan hiaslah mengikut citarasa anda.  Saya hias dengan sedikit walnut yang telah dibakar sekejap dlm oven untuk diletakkan di atas cream cheese frosting.

Selamat mencuba.

Sunday, November 20, 2011

Potato Croquette

Croquette (berasal dari perkataan Perancis "croquer") bermaksud 'to crunch' ialah snek yang sangat simple dan mudah untuk disediakan.  Mungkin anak-anak anda gemar memakan ubi kentang seperti french fries, mashed potato dan resepi-resepi lain yang menggunakan ubi kentang.  Actually ramai yang dah pandai buat potato croquette ni tapi saya sengaja nak kongsi untuk siapa-siapa yang ada anak kecil yang mungkin teringin nak buat resepi snek yang mudah ni.

Bahan-bahan:-
500g ubi kentang (dikupas dan dipotong dua) anggaran 6 biji
1 sudu besar butter (suhu bilik)

Garam secukup rasa
Sedikit lada sulah

100g tepung gandum (anggaran 1 cawan)
100g serbuk roti
3 biji telur

Cara Membuatnya:-

  • Rebus ubi kentang hingga empuk.  Buang air yang berlebihan.  Lenyek ubi kentang ketika masih panas dan campurkan sesudu mentega.  Lenyek lagi dan masukkan pula garam dan lada sulah.
  • Bentukkan ubi kentang menjadi bentuk silinder sepanjang 2 inci setiap satu.
  • Sediakan tiga bekas/mangkuk.  Satu diisi tepung gandum, satu diisi telur yang dipukul dan satu lagi diisi serbuk roti.
  • Gaulkan kentang berbentuk silinder tadi dengan tepung gandum kemudian celupkan ke dalam telur dan seterusnya gaulkan dengan serbuk roti.
  • Goreng di dalam minyak yang panas (guna api sederhana sahaja) dan gorenglah hingga kuning keemasan.
  • Angkat dan toskan di atas kitchen roll.  Sedia untuk dihidangkan.
Note:
*  Jika inginkan kelainan, boleh juga digaul ubi kentang lenyek bersama dengan sedikit tuna yang telah ditapis minyak/airnya.


Friday, November 18, 2011

Apple Pie

Untuk membuat pastri:-
2 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan mentega sejuk yang dipotong kecil-kecil
Secubit garam
5 sudu besar lemak sayuran sejuk (cold vege shortening)
8 sudu besar air dingin (mungkin lebih sedikit)

Caranya:-
Masukkan tepung ke dalam bekas diikuti dengan mentega dan secubit garam.  Guna hujung jari untuk "mencubit" mentega hingga menjadi seperti serbuk roti.  Buatkan lubang di bahagian tengah dan letak air dingin (ice water).  Gaul rata dan masukkan lemak sayuran dan adun hingga menjadi doh.  Adun sekadar menjadi doh dan jangan terlebih adun.  Masukkan ke dalam plastik dan simpan di peti sejuk selama setengah jam.  Selepas setengah jam, keluarkan dari peti ais dan diuli sedikit.  Canai 3/4 bahagian dari doh dan letakkan di atas acuan pai yang telah disapu sedikit mentega.  Cucuk-cucukkan dengan garpu.  Simpan doh yang berlebihan anggaran 1/4 atau lebih untuk membuat penutup di atas pai.


Untuk membuat inti:-
8 biji epal hijau dibuang kulit dan dipotong kecil dan nipis
2 sudu besar mentega (suhu bilik)
1 cawan gula perang
1/2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
1/4 cawan tepung gandum
Secubit garam

Caranya:-
Gaul semua bahan untuk membuat inti.  Masukkan inti ke dalam doh pai.  Canai baki doh yang berlebihan tadi dan tutup bahagian atas pai dengan doh tersebut.  Pintal atau tekan sedikit di bahagian tepi doh untuk menutup keseluruhan inti tadi.  Cucuk dengan garpu di bahagian atas doh dan sapukan dengan kuning telur.  Bakar di dalam ketuhar pada suhu 160 darjah Celcius selama lebih kurang 40 minit.

Enak dihidangkan ketika panas bersama ais krim vanilla.  Selamat mencuba :-)

Tuesday, November 8, 2011

Moist Chocolate Cake

Sebenarnya resepi asal ni saya pun dapat dari Mak Cik Google tp dah edit di situ dan di sini... hasilnya memang sebiji kek coklat yang moist dan lazat sekali.  Sebelum menyiapkan bahan-bahan, anda perlu mengambil loyang atau acuan yang bersesuaian dengan saiz kukus anda.  Sapukan sedikit butter pada permukaan bawah.  Kemudian lapikkan dengan trace paper atau kertas minyak.  Sapu lagi sedikit butter.  Sambil tu boleh lah didihkan dahulu air di dalam kukus (3/4 air dari saiz kukus yang bawah sekali)

Bahan A:-
1 tin susu cair (ideal milk)
1/2 tin susu pekat
100g serbuk koko
200ml minyak masak sayuran (kalau xde minyak masak biasa pun boleh)

Semua bahan di atas dicampur di dalam periuk (yg tebal & elok sket) dan masak dengan api perlahan sambil dikacau sehingga licin.  Tak perlu tunggu hingga menggelegak.

Bahan B:-
250g gula halus (kastor)
4 biji telur

Pukul telur dan gula di dalam mixer hingga kembang (putih).  Masukkan bancuhan bahan A tadi ke dalam bancuhan telur dan sambung lagi pukul dengan kelajuan yang perlahan.  Be careful sebab ruang dapur mungkin kotor sikit sebab terkena percikan bancuhan ni.  Mix dalam 1-2 minit aje.

Bahan C:-
150g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Satukan bahan-bahan C dan diayak sekali.  Masukkan bancuhan tepung ke dalam mixer dan pukul dalam seminit aje.

Semua bancuhan dah siap, letakkan loyang/acuan yang dah dilapik td di atas pengukus yang berlubang-lubang tu.  Tuang adunan ke dalam loyang/acuan dengan berhati-hati.  Tutup dengan penutup kukus.  Make sure air dalam kukus dah betul-betul mendidih.  Bolehlah mula mengukus selama sejam dengan api yang sederhana.  Selepas sejam baru dibuka dan test dengan lidi... kalau dah bersih maknanya dah masak.  If not, continue kukus lagi sekejap.

Note:  kalau guna pengukus yang besar dan loyang/acuan yang besar lebih baik sebab nanti tengah dia tak merekah.

Bila dah masak, biarkan sejuk sebentar (room temperature aje).  Keluarkan dari acuan dan letak di atas besi palang yang dalam oven tu.  Biar betul-betul sejuk.  Untuk hiasan....

Bahan D:-
200g cooking or baking chocolate (vochelle tu sedap)
100g whipping cream atau fresh cream

Untuk membuat ganache, caranya macam teknik double boiling.  Didihkan air di dalam periuk yang sederhana besar.  Guna mangkuk kaca yang tahan panas, contoh Pyrex atau Corelle whatever....  pecah-pecahkan coklat masakan tadi ke dalam mangkuk.  Bahagian bawah mangkuk tak boleh sentuh air yang mendidih tu.  Coklat tetap akan cair (melt) dan kacau lah sampai betul-betul cair.  Angkat mangkuk ke luar dari atas periuk letak atas lapik biasa, atas meja.  Sekarang masukkan whipping cream dan kacau sehingga sebati (kira dah tak nampak putih cream tu)... Dan bolehlah mula menghias.  Curahkan ganache atas kek coklat tadi dan boleh taburkan manik-manik hiasan jika suka.