Sunday, November 20, 2011

Potato Croquette

Croquette (berasal dari perkataan Perancis "croquer") bermaksud 'to crunch' ialah snek yang sangat simple dan mudah untuk disediakan.  Mungkin anak-anak anda gemar memakan ubi kentang seperti french fries, mashed potato dan resepi-resepi lain yang menggunakan ubi kentang.  Actually ramai yang dah pandai buat potato croquette ni tapi saya sengaja nak kongsi untuk siapa-siapa yang ada anak kecil yang mungkin teringin nak buat resepi snek yang mudah ni.

Bahan-bahan:-
500g ubi kentang (dikupas dan dipotong dua) anggaran 6 biji
1 sudu besar butter (suhu bilik)

Garam secukup rasa
Sedikit lada sulah

100g tepung gandum (anggaran 1 cawan)
100g serbuk roti
3 biji telur

Cara Membuatnya:-

  • Rebus ubi kentang hingga empuk.  Buang air yang berlebihan.  Lenyek ubi kentang ketika masih panas dan campurkan sesudu mentega.  Lenyek lagi dan masukkan pula garam dan lada sulah.
  • Bentukkan ubi kentang menjadi bentuk silinder sepanjang 2 inci setiap satu.
  • Sediakan tiga bekas/mangkuk.  Satu diisi tepung gandum, satu diisi telur yang dipukul dan satu lagi diisi serbuk roti.
  • Gaulkan kentang berbentuk silinder tadi dengan tepung gandum kemudian celupkan ke dalam telur dan seterusnya gaulkan dengan serbuk roti.
  • Goreng di dalam minyak yang panas (guna api sederhana sahaja) dan gorenglah hingga kuning keemasan.
  • Angkat dan toskan di atas kitchen roll.  Sedia untuk dihidangkan.
Note:
*  Jika inginkan kelainan, boleh juga digaul ubi kentang lenyek bersama dengan sedikit tuna yang telah ditapis minyak/airnya.


No comments:

Post a Comment