Tuesday, November 8, 2011

Moist Chocolate Cake

Sebenarnya resepi asal ni saya pun dapat dari Mak Cik Google tp dah edit di situ dan di sini... hasilnya memang sebiji kek coklat yang moist dan lazat sekali.  Sebelum menyiapkan bahan-bahan, anda perlu mengambil loyang atau acuan yang bersesuaian dengan saiz kukus anda.  Sapukan sedikit butter pada permukaan bawah.  Kemudian lapikkan dengan trace paper atau kertas minyak.  Sapu lagi sedikit butter.  Sambil tu boleh lah didihkan dahulu air di dalam kukus (3/4 air dari saiz kukus yang bawah sekali)

Bahan A:-
1 tin susu cair (ideal milk)
1/2 tin susu pekat
100g serbuk koko
200ml minyak masak sayuran (kalau xde minyak masak biasa pun boleh)

Semua bahan di atas dicampur di dalam periuk (yg tebal & elok sket) dan masak dengan api perlahan sambil dikacau sehingga licin.  Tak perlu tunggu hingga menggelegak.

Bahan B:-
250g gula halus (kastor)
4 biji telur

Pukul telur dan gula di dalam mixer hingga kembang (putih).  Masukkan bancuhan bahan A tadi ke dalam bancuhan telur dan sambung lagi pukul dengan kelajuan yang perlahan.  Be careful sebab ruang dapur mungkin kotor sikit sebab terkena percikan bancuhan ni.  Mix dalam 1-2 minit aje.

Bahan C:-
150g tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Satukan bahan-bahan C dan diayak sekali.  Masukkan bancuhan tepung ke dalam mixer dan pukul dalam seminit aje.

Semua bancuhan dah siap, letakkan loyang/acuan yang dah dilapik td di atas pengukus yang berlubang-lubang tu.  Tuang adunan ke dalam loyang/acuan dengan berhati-hati.  Tutup dengan penutup kukus.  Make sure air dalam kukus dah betul-betul mendidih.  Bolehlah mula mengukus selama sejam dengan api yang sederhana.  Selepas sejam baru dibuka dan test dengan lidi... kalau dah bersih maknanya dah masak.  If not, continue kukus lagi sekejap.

Note:  kalau guna pengukus yang besar dan loyang/acuan yang besar lebih baik sebab nanti tengah dia tak merekah.

Bila dah masak, biarkan sejuk sebentar (room temperature aje).  Keluarkan dari acuan dan letak di atas besi palang yang dalam oven tu.  Biar betul-betul sejuk.  Untuk hiasan....

Bahan D:-
200g cooking or baking chocolate (vochelle tu sedap)
100g whipping cream atau fresh cream

Untuk membuat ganache, caranya macam teknik double boiling.  Didihkan air di dalam periuk yang sederhana besar.  Guna mangkuk kaca yang tahan panas, contoh Pyrex atau Corelle whatever....  pecah-pecahkan coklat masakan tadi ke dalam mangkuk.  Bahagian bawah mangkuk tak boleh sentuh air yang mendidih tu.  Coklat tetap akan cair (melt) dan kacau lah sampai betul-betul cair.  Angkat mangkuk ke luar dari atas periuk letak atas lapik biasa, atas meja.  Sekarang masukkan whipping cream dan kacau sehingga sebati (kira dah tak nampak putih cream tu)... Dan bolehlah mula menghias.  Curahkan ganache atas kek coklat tadi dan boleh taburkan manik-manik hiasan jika suka.

1 comment:

  1. Huh... nak upload pic tapi lambat sgt... nanti lah baru upload ye.

    ReplyDelete