Monday, June 27, 2011

Orange Cake

Resipi ni sesuai untuk korang yg tak de mixer untuk buat cake.  U just need a blender my dear:)

Bahan-bahannya:-
1 biji orange sunkist (yg besar & manis)
2 cawan gula halus
3 biji telur gred A atau B
1 cawan minyak masak
2 cawan tepung naik sendiri (eg. Bluekey)


Cara-caranya:-
  • Orange sunkist dibasuh bersih, belah 4 dengan kulit-kulitnya.  Buangkan biji dan urat tebal putih kat tengah tu aje.  Lepas tu potong lagi kecil-kecil.  (Kita nak blend dgn kulitnya sekali).  Masukkan dalam blender.
  • Masukkan gula halus (gula pasir biasa yang dah diblend kering), minyak masak dan telur.  Kisar hingga halus.
  • Tuangkan bahan yang dikisar ke dalam mangkuk besar atau bekas yang kering.  Ayakkan tepung naik sendiri dan masukkan sedikit demi sedikit sambil dikacau rata dengan senduk atau spatula.  Kacau hingga sebati dan tidak berketul.
  • Griskan loyang atau acuan pembakar dengan sedikit mentega.  Kemudian guna kertas minyak untuk mengalas.
  • Bakar pada suhu 170-180 darjah Celsius (bergantung atas oven), gunakan api atas & bawah selama lebih kurang 40 minit hingga ke sejam ~ sehingga masak.
**  Tips:  semasa kek tengah naik, janganlah buka oven tu... lepas 40 minit ataupun bila dah berbau oren yang sedap tu, barulah boleh bukak pintu oven untuk test dengan gunakan lidi.  Bila dah licin, maknanya kek tu dah masak.  Kalau masih basah dan melekit, sambung bakar lagi hingga masak.

2 comments:

  1. Sherry, (gula pasir biasa yang dah diblend kering),ni means blend gula pasir dulu ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Lyn... sorry... I overlooked your comment. Haah... gula pasir biasa tu blend dulu kasi halus. Or else u boleh guna castor sugar yg mmg dah halus tu. Tq.. :-)

      Delete