Thursday, July 28, 2011

Oglio Spaghetti

Bahan-bahan:- 

Spaghetti No. 3   300 g 
Bawang Putih 5 ulas (ditumbuk bersama lada hitam) 
Bawang Besar 1 biji (dipotong dadu/potong kecil) 
Cili Kering 5 tangkai (digunting kecil) 
Lada Hitam 1 sudu kecil 
Sotong/Udang 100 g 
Mentega 50 g 
Minyak zaitun 3 sudu besar 
Serbuk oregano 1 sudu besar 
Serbuk parsley 1 sudu besar (fresh parsley also nice) 
Lemon ½ biji 
Stok ayam 1 kiub 
Garam secukup rasa 

Cara-caranya:- 
1. Rebus spaghetti dalam air yg mendidih dicampur sedikit minyak masak + garam sehingga lembut (al-dente). Angkat dan toskan.  Gaul dengan sedikit minyak zaitun. 
2. Panaskan minyak zaitun + mentega di dalam kuali yg non-stick. Tumis bawang putih yg ditumbuk dgn lada hitam. Masukkan cili kering, biar garing sedikit… kemudian masukkan bawang besar. Tumis hingga garing dan naik bau. 
3. Masukkan sotong/udang dan garam secukup rasa. Kacau rata. 
4. Masukkan 1 kiub stok ayam. Kacau lagi. 
5. Masukkan spaghetti yg direbus tadi. Kacau perlahan2. 
6. Taburkan serbuk oregano, serbuk parsley dan sedikit serbuk perasa jika mahu. 
7. Kacau lagi dan akhir sekali perahkan lemon di atas spaghetti. Kacau rata dan jangan masak terlalu lama. 

No comments:

Post a Comment