Wednesday, July 20, 2011

Kerabu Kerang & Tauge

Tiba-tiba rasanya nak share resepi lauk-pauk pulak.  Sebabnya weekend baru ni asyik buat kerabu kerang & tauge.  Ada jugak yang berminat nak tau resepi, so I think I better share it here.  Jangan lupa mencuba ye, especially bulan puasa ni... sedap... :)

Bahan-bahan:
1 kilo kerang (direbus sekejap & dibuang kulitnya)
300g tauge (dicelur sekejap dan toskan supaya crispy)
5 ulas bawang merah (dimayang halus)
1 tangkai bunga kantan (dihiris/racik nipis)
Sedikit daun kesum (anggaran 15 helai dipotong kecil-kecil)
2 batang serai (dipotong kecil & ditumbuk dengan sedikit lengkuas)
1 biji kelapa (1/2 dibuat kerisik & 1/2 ambil santan pekat aje - dlm 5 sudu besar)
Untuk sambal belacan:
10 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
Belacan (dibakar dahulu)
Garam
Gula
Sedikit serbuk perisa (jika mahu)
Jus dari sebiji limau nipis

Cara-cara:
Dalam satu bekas yang besar, satukan atau gaulkan rata sambal belacan, serai/lengkuas yang ditumbuk, bawang, kerisik dan bunga kantan.  Masukkan kerang rebus dan tauge yang telah dicelur tadi.  Gaul rata.  Taburkan daun kesum dan gaulkan santan pekat.  Jika tidak dimakan segera, simpan dalam bekas yang bertutup dan letakkan di dalam peti sejuk.

No comments:

Post a Comment